JOHOR BAHRU, 4 OGOS: Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman CP Ab Rahaman Arsad, dilantik Ketua Polis Johor yang baharu berkuat kuasa hari ini.
JOHOR BAHRU, 14 JULAI: Polis menyelamatkan remaja lelaki dan perempuan tempatan berusia 15 dan 16 tahun, yang dipercayai didera secara seksual serta dipaksa bekerja sebagai ahli sindiket penipuan seks dan pemerasan dalam talian, menerusi Ops Bugil yang dijalankan di sekitar daerah ini dan Kulai pada 20 Jun sehingga 1 Julai.
JOHOR BAHRU, 23 JUN: Polis Johor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini menerusi dua serbuan berasingan di kawasan perumahan sekitar Johor Bahru, dengan nilai rampasan termasuk sitaan barang dianggarkan bernilai RM7.1 juta.
KLUANG, 22 MEI: Polis Johor menyelesaikan enam kes samun di sekitar Kluang dan Kota Tinggi selepas menembak mati seorang suspek di kebun kelapa sawit di Kampung Palembang di sini.
JOHOR BAHRU, 29 APRIL: Polis Johor merampas dadah pelbagai jenis seberat hampir 70 kilogram bernilai hampir RM9 juta dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang warga Singapura dalam operasi di empat daerah di negeri ini, minggu lepas.
JOHOR BAHRU, 28 FEB: Seorang lelaki tempatan ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.58 juta dalam satu operasi di sekitar daerah ini pada 16 Februari lalu.
JOHOR BAHRU, 21 FEB: Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang Renggam, Kluang pada 10 Feb lepas.
JOHOR BAHRU, 5 FEB: Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
JOHOR BAHRU, 28 JAN: Seorang wanita warga Singapura yang sebelum ini mendakwa dirinya menjadi mangsa cubaan culik di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Abad pada 10 Januari lepas, didapati membuat laporan palsu.
JOHOR BAHRU, 18 DIS: Pemilik kedai pakaian kerugian lebih RM2 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian.
JOHOR BAHRU, 21 NOV: Enam lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam insiden kejar sejauh 180 kilometer bermula dari Jalan Bakri hingga Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur ditahan hari ini.
JOHOR BAHRU, 18 NOV: Seorang pengurus kilang mengalami kerugian RM943,250 selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan dalam talian, pada Mei lepas.
JOHOR BAHRU, 12 NOV: Tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini sekali gus merupakan rampasan terbesar di Johor tahun ini.
ISKANDAR PUTERI, 23 OKT: Polis menahan 13 individu termasuk seorang ahli keluarga mangsa yang dipercayai terbabit dalam kejadian melarikan dan menculik seorang ahli perniagaan pada 13 Okt lepas.
JOHOR BAHRU, 17 OKT: Tiga das tembakan dilepaskan polis ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di kawasan sebuah pangsapuri di Jalan Dato Abdullah Tahir di sini semalam.
JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Seorang pegawai dan tiga anggota polis ditahan minggu lepas dipercayai terlibat dengan kes pemerasan wang RM45,000 terhadap dua ahli perniagaan.
JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala’ yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu termasuk dua wanita dalam beberapa serbuan berasingan di negeri ini antara 12 hingga 26 Ogos lepas.
JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Seorang broker mengalami kerugian RM1.45 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham di luar negara pada Mei lepas.
JOHOR BAHRU, 29 JULAI: Polis akan memohon sambungan reman terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun yang disyaki menculik Albertine Leo Jia Hui, 6, di pusat beli-belah di Iskandar Puteri, yang tamat reman hari ini.
JOHOR BAHRU, 23 JULAI: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri pada Sabtu.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.